Monday, August 01, 2005

Sesuatu untuk direnungkan....

Pertama kalinya aku mencoretkan sesuatu di dalam bahasa Melayu di dalam 'blog' ini. Bukan aku tidak mahu menggunakan bahasa Melayu di dalam 'blog' ini secara sepenuhnya, tetapi aku ada sebab tersendiri kenapa aku lebih kerap menggunakan bahasa Inggeris. Harap kalian semua dapat menerima & memahaminya.

Ketika ini, masih terngiang-ngiang rancangan 'Akademi Fantasia' (AF) yang disiarkan 2 hari lalu. Jangan salah faham... aku bukan pengikut setia rancangan ini, malah rakan² sekuliah sudah maklum yg aku cukup 'tak berkenan' dgn sebarang hal berkaitan AF. Secara ikhlasnya, aku amat berharap agar kegilaan, ke'mania'an, kefanatikan terhadap rancangan ini akan segera berakhir (meskipun ku tahu yg hasrat itu tidak mungkin tercapai dalam tempoh yg terdekat ini) untuk musim² yang akan datang (kiranya masih ada musim itu bagiku... )

Aku sendiri tidak faham mengapa perlu wujudnya suatu kegilaan terhadap rancangan ini. Sepertinya mereka ('pelajar²' AF) tidak menjalani kehidupan yg biasa seperti kita yang lainnya. Oh ya, mungkin akan ada yg akan berkata, mereka itu belajar bagaimana membentuk diri sebagai artis.. bukan semua orang boleh berbuat begitu. Ah, sepertinya menjdi seorang insan itu sesuatu yg tidak perlu kita fikirkan bersama.

Kedengarannya seperti aku ini seorang yg amat konservatif sekali (dan mungkin juga amat poyo!)... ya, aku tidak nafikannya, namun cuma melibatkan hal/isu yg tertentu sahaja. Mungkin ada yg tidak mengetahui, anak² sekolah zaman ini lebih mengenali artis² pujaan, penghibur, pelakon & selebriti² melalui majalah² picisan + media massa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui yang anak² hari ini sudah tidak bisa menelaah dan mengambil tahu perkara² berkaitan ilmiah, baik dari segi aspek agama, sejarah, sains... dan hal² lainnya. Anak² masa kini lebih cenderung memasang angan² untuk mejadi seorang selebriti... hanya kerana pendedahan yang terlalu meluas di media & persekitarannya.

Aku cuma mahu mengajak kita semua untuk merenung & menilai kembali.. apa yg perlu kita lakukan. Terus terang aku katakan, aku bimbang dgn situasi masa kini. Mungkin kerana jiwa ini sudah mula disemai dgn benih + aspirasi seorang pendidik, aku lebih sensitif dalam hal² sebegini. Terpulanglah kepada anda yang menilai... aku sekadar ingin berkongsi & berbicara ttg apa yang ku rasakan perlu... itu sahaja.

Maaf andai ada yang terguris perasaan... aku juga manusia yang tidak sunyi dari membuat kesilapan...

No comments: