Friday, April 24, 2009

Adoiyai...

I lost my temper today... but this time, it was milder than the last time.

It wasn't exactly my character to be that... and I felt so... lethargic whenever it happens.

Why can't the students just be more attentive...?
Tak perlu la aku nk terjerit2 macam orang tak betul.
Payah, buat baik pun salah... garang sgt pun salah...
Kadang2 aku rasa generasi skang dah kurang rasa empati pada orang lain.
Dorang macam lebih pentingkan diri sendiri... kiasu even...

Sedih...tapi nk wat camana...itulah realitinya....

Just now, I had lunch with few of my colleagues... since it was a casual session, so I was sort-of able to see what they really think about their job in their own perspective. I had an outmost respect for them, knowing that they are more experienced and they been 'through it all, seen it all, done that' in their profession. I wish that their students could actually get a two-cents worth of their conversation... because deep down, these teachers are really sincere and dedicated in helping the students. I know how they felt, because that was exactly what ticks me off this morning.

I'm just curious; was it the generation gap that we have, or is it simply that we have lost sense of morality in our today's society...? Each & everyday, we're hearing more students are becoming juvenile deliquents. Lack of attention from parents? Less restriction in schools? It's just that I'm seeing schools nowadays are becoming as a less trusted institution in the society. Don't blame the teachers totally... they have more burden to carry ontheir shoulders. Parents, if you are so concerned about your children's education, please try to understand that these teachers are humans too. They are not able to focus their attention on your child(ren) every single hour. Should they ignore the other needy 120 students (note: the number of students can reach up to 40 per class on average) just to focus on one so-called-important son/daughter of yours?

A teacher is blinded to prejudices & biasness. Every child deserves a fair chance in education, so parents... please give a fair chance to the teachers too... One friend even told me that she's got some sort of 'poison letter' which has been written by a parent and has been sent to the 'higher authorities' outside the school. If you were to ask me, that person is a coward... pengecut... segala mendanya kecut... If you are really concerned about what the teacher had done at school, especially regarding discipline matters, come see the intended person face-to-face. That way, we can find out who's at fault in the first place...

Sedih sangat kan...

Wednesday, April 08, 2009

Bukit Selambau oh Bukit Selambau....

Seperti mana yang telah diketahui, semalam (7 April '09) telah berlangsung 3 pilihanraya kecil. Yang menarik perhatian saya pada pilihanraya kali ini adalah pertandingan di Bukit Selambau.

Seramai 15 orang bertanding jawatan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri, which I think...sangatlah mengarut. From the 15, sorg dari BN, sorg dari Pakatan Rakyat dan selebihnya adalah calon bebas.

Seriously, apalah sangat kerusi DUN tuh? Apa yang nak dikejar oleh calon2 bebas ni? Secara jujurnya, nmpk sangat macam nk kejar pangkat. Yes, I can understand that you have your own supporters and people backing you up... plus you have the adequate financial means to pay for the election (the fees and campaign materials), but it takes more than that to become a wakil rakyat. Kalau dilihat pada wakil2 rakyat yang ada sekarang ini, anda sendiri boleh merasakan ada satu aura 'wakil rakyat' yang tak dapat nak dijelaskan, biarpun kita tidak dapat melihat individu wakil rakyat itu secara bersemuka. Tapi bila melihatkan calon2 bebas yang ditonjolkan samada di kaca tv atau dalam akhbar, kebanyakannya macam takde tokoh langsung.

Itu dari segi ketokohan dah takde. Ni plak dari sudut perlawanan sesama calon tu sendiri. Fine, saya boleh terima kalau calon2 itu ingin mewakili rakyat dengan membawa konsep atau perjuangan yang mungkin bukan sealiran dengan mana2 calon arus perdana yang lain. Tapi sendiri tak boleh fikir ke.. kalau dah sampai lebih dari 8 orang yang bertanding di satu kawasan kecil dengan jumlah pengundi yang tak seberapa, adakah anda fikir yang anda mampu utk meraih sokongan (saya tak sebut menang sbb saya lebih suka berfikiran realistik)? Mungkin kedengaran seperti demokrasi itu telah berjaya dilaksana, namun hakikatnya pengisian itu tidak membawa apa2 makna langsung. Kesudahannya, dahla tak menang, duit dh habis beribu2... dalam kegawatan ekonomi sekarang, kan lebih baik kalau wang itu dilaburkan utk menda2 yang lebih bermanfaat...?

Bagi calon2 bebas ini, saya bukan berniat untuk mengkritik anda. Anda mempunyai pilihan untuk menyertai bidang politik, dan kalaupun niat anda hanyalah utk membantu rakyat ke arah kehidupan yang lebih baik, tidak semestinya anda perlu bermula terus dari politik. Apa salahnya kalau wang yang telah anda laburkan itu anda gunakan utk memulakan suatu projek yang akan memberi manfaat kepada orang ramai. Buat la projek macam projek pertanian dan agrikultur, wujudkan peluang pekerjaan kerana itu adalah apa yg kebanyakan rakyat perlukan skarang dalam masa tempoh kegawatan ekonomi ini. Wujudkan industri kecil yang mana kuarkan barangan Malaysia, yang boleh kita gunakan bersama. Bina nama anda sebagai orang yang boleh diharapkan dulu sebelum anda berhasrat mahu menjadi orang yang lebih penting dalam masyarakat. Bilamana anda telah ada suatu 'branding' bagi nama anda, dan anda rasa anda berkeyakinan untuk membawa hasrat dan aspirasi rakyat dalam memimpin mereka ke arah melahirkan masyarakat yang lebih madani, teruskan. Namun harus diingat, niat anda perlu ikhlas dan betul. Bagi yang Muslim, Allah maha mengetahui atas segala2nya yang berlaku... kalau betul niat anda & ikhlas perjuangan anda, InsyaAllah, jalan itu akan dipermudahkan.

Sudah cukup saya membebel utk topik ini. Memetik kata2 pelawak Nabil... 'Ikan kembung ikan tenggiri...lu pikirlah sendiri...'

Until then...

Friday, April 03, 2009

Hidup yang penuh mencabar kesabaran...

Ada masanya, kita merasakan emosi sudah cukup dikawal dan terkawal... namun, pasti akan ada sesuatu yang akan menggugat ketenangan itu...

Ada masanya, pertimbangan akal mengatasi kegopohan hati... namun selalunya, kita tewas dengan perasaan sendiri...

Ada masanya, kebijaksanaan itu lebih penting dari kekayaan... namun hakikat menyebelahi wang & kebendaan yang memungkinkan kita memiliki hampir apa jua yang diingini....

Hidup itu... biarpun tampak indah di mata, namun ada terselit kehodohannya...
Setiap perkara yang disangka baik, ada juga keburukannya...

Apapun, semua itu terpulanglah kepada kita untuk mencorakkannya...
Moga kita diberi pedoman dan petunjuk dari-Nya, semoga kita beroleh yang terbaik dalam kehidupan kita...

Amin.