Friday, June 09, 2006

KENAPA GURU PENING KEPALA?

Dear friends and comrades...


Now you know why teachers are having a hard time in schools. I guess parents nowadays are too eager on getting the 'paper chase' (good examination results) for their kids, plus putting the whole load of burden of education on teachers themselves. And when the kids didn't perform well... the teachers are the ones who are to be blamed in the first place.

I don't want to judge anyone on that... you should know the situation better. If parents want to argue that it is the teachers' job to focus solely on educating their children, think again. Kids only spent about 7 hrs at schools... perhaps another 2 hrs more for co-curricular activities and extra classes. What about the other remaining hours? Think about it...and think aloud... U should know better than I do..... =)

---------------------------------------------------------------------------------

6,300 guru tertekan kerenah ibu bapa


KAJIAN mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru seluruh negara mengatakan kerenah ibu bapa antara punca utama golongan itu mengalami tekanan ketika menjalankan tugas, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat.

Beliau berkata, kajian fasa pertama tekanan tugas guru yang dijalankan NUTP dan Unit Kaunseling Jabatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam awal tahun ini juga mendapati bebanan kerja di luar dan dalam bilik darjah juga menyumbang masalah itu.

“Mereka, responden kajian ini mendakwa ibu bapa juga menyerahkan tugas mendidik kepada guru semata-mata dan mengharapkan anak mereka mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

“Kecemerlangan yang mereka harapkan itu pula luar biasa, contohnya mengharapkan pelajar memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

“Mereka meletakkan harapan tinggi tanpa memikirkan keupayaan anak,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Pengurusan Stress Dalam Kerjaya Perguruan anjuran Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia serta NUTP di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, kajian itu juga mendapati ibu bapa membuat pengukuran kejayaan sesebuah sekolah berdasarkan jumlah pelajar cemerlang yang dilahirkan.

Ismail berkata, keadaan itu menyebabkan guru begitu tertekan kerana mereka perlu melakukan yang terbaik, termasuk mengadakan kelas tambahan di luar waktu kelas bagi memastikan muridnya cemerlang.

Dari segi kawasan, beliau berkata, guru di bandar paling ramai menghadapi masalah tekanan kerana kebanyakan ibu bapa begitu meminta dan mengharapkan anak mereka mencapai kecemerlangan.

“Ibu bapa menjadikan kecemerlangan dalam pendidikan sebagai penanda aras kejayaan mutlak pelajar. Mereka tidak memikirkan kejayaan menyeluruh seseorang individu merangkumi pelbagai aspek, bukan terhadap pencapaian akademik semata-mata.

“Kecemerlangan yang dituntut merangkumi semua aspek, malah kemahiran dalam bidang vokasional juga perlu diberi perhatian khusus,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata, sekitar 300 guru daripada 330,000 guru seluruh negara terpaksa direhatkan kerana menghadapi masalah tekanan.

Beliau berkata, mereka mengalami tekanan teruk hingga menyebabkan tidak boleh mengajar dengan sempurna dan ada antaranya terbabit dalam kemalangan juga kerana tekanan kerja.


©The New Straits Times Press (M) Berhad (09062006)