Monday, August 22, 2005

Maha Suci Allah Yang Merahmati Seluruh Alam...

I found this in today's newspaper (22nd August 2005). Goes to prove that a simple thing/act/gesture can actually make a difference.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Peluk Islam kerana kagum

JEDDAH: Tersentuh dengan upacara serba ringkas pengebumian pemerintah Arab Saudi, Raja Fahd, yang diadakan di Riyadh awal bulan ini, seorang paderi terkenal Itali terbuka hati untuk memeluk Islam, menurut laporan akhbar.

Paderi berkenaan yang menonton upacara pengebumian menerusi televisyen satelit kagum dengan persiapan serba sederhana di upacara itu, lapor akhbar Al-Riyadh tanpa menyebut nama paderi itu.

Raja Fahd dikebumikan di tanah perkuburan Al-Oud sehari selepas dia menghembuskan nafas terakhir dalam upacara ringkas yang dihadiri ramai pemimpin dunia.Pendakwah Islam, Dr Abdullah Al-Malik, berkata upacara pengebumian ringkas Raja Fahd memberikan kesan dramatik kepada minda paderi berkenaan yang membawa kerelaannya memeluk Islam.

“Walaupun dia membaca banyak buku Islam sebelum ini, ia tidak membawa impak sama,” katanya.Ini kes kedua tokoh utama Itali memeluk Islam membabitkan Arab Saudi dengan empat tahun lalu, duta Itali ke negara itu, Torquato Cardilli, memeluk Islam.

“Paderi berkenaan menonton upacara pengebumian Raja Fahd dan seorang lain menerusi televisyen dan tidak menemui sebarang perbezaan.“Cuma ada satu sembahyang jenazah diadakan untuk kedua-duanya dan mayat dikebumikan di dalam kubur serupa. Contoh baik ini mempengaruhi paderi terbabit dan mendorong dia memeluk Islam,” kata Malik.

Pendakwah Islam di Itali pernah memberikan buku dan kaset mengenai Islam kepada paderi terbabit sejak 15 tahun lalu tetapi apa yang membuka hatinya ialah kesederhanaan upacara pengebumian diraja.“Saya pernah membaca beberapa buku mengenai Islam dan mendengar banyak kaset Islam sejak bertahun-tahun dulu, ia tidak pernah menarik minat saya".

Katanya, dia percaya upacara itu akan mengubah fikiran ramai orang dan mendesak media Islam memberi tumpuan kepada cerita berkaitan toleransi dan kesaksamaan dalam Islam untuk menarik minat lebih ramai orang bukan Islam memeluk agama suci itu.Pengarah Yayasan Pendidikan Islam di Jeddah, Badr Al-Olayan, berkata penghijrahan paderi berkenaan kepada Islam ialah ‘berita amat baik.’

– Agensi©The New Straits Times Press (M) Berhad

No comments: