Coretan ini dibuat rentetan seorang ahli Dewan Rakyat dari parti pembangkang yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa wanita yang sudah bercerai adalah gatal [sila rujuk entry blog " G.A.T.A.L... (what the F%#k?!!!)"].
Apalah masalah yang dihadapi oleh wakil rakyat tersebut... kenyataan yang dibuatnya adalah amat memalukan dan berbaur provokasi yang nyata. Sama skali bebaur seksis dan berat sebelah... huh! Mungkinkah dia telah kena tipu dgn janda yang dia berkenan, namun cintanya telah ditolak mentah² mungkin... lantas dia menyimpan dendam terhadap golongan ini & melabelkankan mereka sebegitu rupa..? Kalau begitu, tak hairanlah kenapa dia begitu bersifat cauvinis...
Dari pemerhatianku, memang ada yang janda yang boleh dianggap gatal (yang mana menjadi punca perceraian mereka), namun harus diingat... lelaki juga ada kegatalannya (yang juga mendorong kearah keruntuhan rumahtangganya sendiri). Jadi kalau berpandukan kenyataan yang dibuat oleh wakil rakyat itu, bagaimana dgn wanita yg bercerai akibat ditinggalkan suami? Di dera secara fizikal & mental? Gantung tak bertali? ... dan macam2 lagi senatio perceraian yang mungkin tidak tertuliskan di sini. Jadi kiranya mereka (janda bercerai hidup) ingin bersosial (secara baik) lantaran kesunyian & kekosongan hidupnya, adakah dia juga harus dianggap menggatal? Jelas sekali kenyataannya seperti seekor katak di bawah tempurung, atau pun... yelah, macam aku katakan tadi... dendam kesumat yang tersimpan dalam dirinya...who knows?
Aduh, amat memalukan sekali bagi seorang wakil rakyat yang mewakili parti yang dikatakan Islamik. Aku tidak mahu mengatakan barisan kepimpinan mana yang lebih baik dalam hal ini, namun perkara2 seperti inilah yang akan mencacatkan imej wakil rakyat itu sendiri sebagai seorang insan. Tuduhan sedemikian jelas merendahkan martabat kaum wanita yang terdekat dengannya; ibu, isteri, anak perempuan, ibu saudaranya, neneknya... tidakkah dia terfikir akan hakikat itu?
Mungkin dia terlupa asal kejadiannya yang dilahirkan oleh seorang wanita. Mungkin dia alpa dengan hakikat bahawa Allah telah mengangkat tinggi martabat wanita, malah dianugerahkan lagi Surah An-Nisa' (Wanita) di dalam kitab junjungan Islam iaitu Al-Quran. Mungkin juga dia seorang ahli Parlimen yang sudah kehilangan idea untuk berdebat di dalam Dewan Rakyat, lantas ditimbulkan isu sebegitu untuk mendapat perhatian.. Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment