Mulanya, saya hanya mendengar cerita tentang iklan ini melalui rakan². Saya tidak berpeluang menontonnya di televisyen pada waktu ini kerana masih di asrama. Namun, saya dapat juga menontonnya di laman web ini dan terus terang saya katakan, inilah kisah yang paling menyentuh hati saya.
Mungkin juga kerana saya mempunyai hubungan yang rapat dengan abah saya sendiri membuatkan hati saya lebih terusik. Tambahan pula, saya merupakan anak sulung dari adik-beradik perempuan, makanya tugas dan tanggungjawab untuk menjaga kedua ibu bapa saya kelak akan terpikul di bahu saya kelak. Saya cuba membayangkan diri saya seperti si anak perempuan dalam kisah itu: berkarier & berkeluarga. Jauh di sudut hati saya, saya tidak mahu membayangkan nasib yang sama menimpa ibu bapa saya. Biarpun berapa susah atau rumit dalam menjaga mereka kelak, hakikatnya... mereka terlebih dahulu melaluinya dengan menjaga dan membesarkan saya & adik² yang lain. Sesungguhnya didikan, penat lelah & pengorbanan yang telah mereka curahkan selama ini telah membentuk saya seperti mana hari ini... dan tidak sekali-kali mahu saya membuat mereka bersedih atas perkara² yang tidak sepatutnya saya lakukan.
Buat Abah & Mama, ku dedikasikan kisah ini buatmu... Salam Aidilfitri & ku pohon maaf dari kalian dari alam rahimku hingga waktu nafas terakhirku...
Thursday, October 19, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)